↧
Self-protection
↧
Guardian Walkathon 2013
...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED.
Sabtu lepas, rasanya ramai yang dah tahu...
title Miss Universe 2013 menjadi milik Maria Isler, dari Venuezela.
eh, eh!
kejap, kejap!
apa kaitan Miss Universe dengan entry ni?
err... err... tak ada apa2 kaitan pun.
cuma sekadar sibuk nak tabalkan diri sendiri sebagai Miss Entry Lemau 2013.
boleh gitu??
ahaks, ahaks!
ya... sekali lagi yu ols dihidangkan dengan entry lemau.
alahai... cian korang...
tapi tak pe kan? kan?
janji yu ols tahu...
walaupun lately blog ni selaluauto published dan menyajikan entry basi...
mem besar blog ni tetap gigih lagi bersemangat waja untuk memastikan bahawa medium media sosial ini terus hidup dan bernyawa.
(ceh... ayatttt...)
okey, okey...
back to the title.
event ni berlangsung pada penghujung bulan lepas.
27 Oktober - Ahad.
kalau tahun 2012 ianya berlangsung di Sunway Lagoon, tapi tahun ni i-City Shah Alam pula yang menjadi tuan rumah.
dikhabarkan tahun ni menerima penyertaan lebih daripada 3000K!
dan hasil kutipan tiket event ini akan disumbangkan kepada badan2 kebajikan terpilih.
so, cekidaut!
seminggu sebelum event...
pergi ke SACC Mall untuk collect race pack.
nak tahu kenapa anies snap pic ni?
acu tengok perkataan KOUNTER tu?
oh, my Bahasa Melayu!
KAUNTER la yang betulnya...
lepas Subuh je dah sampai kat i-City ni.
punyalah bersemangat 46...
padahal sebenarnya sampai awal sebab nak cop parking...
sebelum event, warm up session.
nak tahu tak?
fitness instructor tu (Dr. Ada - berseluar biru, berbaju merah) merupakan salah seorang fitness instructor berkelas dunia taw!
orang Malaysia dan masih muda lagi.
cayalah!
Malaysia Boleh!
tetiba...
pic: credit.
participants of the day tengah warm up.
Dr. Ada just tunjukkan step2 yang simple je.
angkat tangan, pusing kanan kiri, angkat kaki...
ada laa dalam 10 minit.
tapi tu pun dah cukup melelahkan!
siyes!
pic: credit.
@ starting line.
boleh cari 'benda' tersembunyi tak??
^_^
pic: credit.
ni untuk kategori 3KM, kalau tak silap.
btw, suka dengan 'pintu gerbang' Guardian ni...
macam cantik je...
macam comel je...
pic: credit.
route 8KM ni berlegar2 di sekitar Seksyen 7 je...
nak kata jauh tu, tak la jauh sangat.
bagi warga Seksyen 7 Shah Alam, 8KM tu just celah gigi je kot?
^_^
goodies yang meriah.
suka banget!
nasihat anies, kalau yu ols nak join event macam ni, before register tu, pastikan dulu sponsor lists, ya!
nanti, bila dah habis events tak la frust menonggeng.
ekekekekeke....
sijil penyertaan.
siap laminate u...
okey... tu jerr...
daaaaaa...
selamat berpuasa 9 & 10 Muharam 1435H kepada bloggers semua!!
↧
↧
I was there : Sabah #1
...السلام عليكم
Baru seminggu lebih tinggalkan blog ni, dah rasa kaku, keras plus blank!
nak taip intro pun tak tahu nak mula dari mana.
aduyai...
so, yu ols apa khabar?
harap2 semuanya sihat dan ceria selalu.
banyak perkara yang berlaku lately.
ada yang best dan ada juga yang tak best.
dan salah satu yang best nyer adalah...
kunjungan ke negeri Di Bawah Bayu ni...
cewah!
honestly, ni kali pertama anies menjejakkan kaki ke sini.
perasaan?
of coz... sangat2 teruja!
walaupun cuti2 Malaysia je..
yang penting kunjungan ke sini memang betul2 buatanieslupa semua benda!
kerja, masalah, sakit pening...
semua tolak tepi!
bak kata Nora Danish...
kita enjoy!!!
kami pilih MAS sebab offer plus services.
oh, ya! sekarang ni MAS ada buat promo.
start hari ni sampai 2. 12. 13.
hah, apa tunggu lagi!
cepatlah booking kat SINI.
kami transit kat WP Labuan.
tak lama.
cuma 30 minit je.
sebelum landing ni, nampak je WP Labuan ni dah teruja tak hengat!
Labuan Airport.
kalau transit 3-4 jam kat sini, boleh juga nak mengopakkan purse tiga pat hengget...
^_^
punyalah excited bila dah sampai...
nak ambil gambar pun sampai terkehel tengkuk...
ekekeke
dari airport, kami terus ke sini.
Marina Court Resort Condominium yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu.
Insya-Allah anies akan review tentang resort ni nanti ya...
lepas solat, rehat sekejap...
kami ke sini.
Centre Point, Sabah.
tujuan? nak cari barang2 masakan sepanjang berada kat sini.
tapi bila dah sampai kat satu supermarket ni, banyak barang2 asas tak ada di rak.
macam telur, tepung, gula, sardin...
memang langsung tak ada!
ek, kena catu makanan ke kat KK ni?
mahu tak mahu, angkatlah maggi sebungkus dua.
okey darling... nanti anies sambung lagi yek...
kunjungan balas ke teratak blog anda akan dibuat pada sebelah petang nanti ya...
↧
I was there : Sabah #2
...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED.
sambungan daripada Sabah #1.
aktiviti yang ditunggu2!
apa lagi kalau bukan shopping 'menyoping'!
yeeee haaaa...
tapi sebelum tu, anies nak minta maaf andai belum berkesempatan BW ke blog anda.
sebelum shopping, perut harus diisi dulu.
yang ni, murtabak ayam tapi meriah dengan sayur-sayuran.
kat mana nak dapat murtabak ni?
senang je.
resto ni terletak bersebelahan hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
yeee haaaa...
tempat untuk mengopakkan purse!
mana lagi kalau bukan kat sini!
kalau sebut Pasar Kraftangan, nanti ramai yang terpinga2.
tapi kalau sebut Pasar Filipina, hah... kompem semua tahulah!
acu tengok budak baju oren tu.
mata dia tak berkelip bila tengok mutiara!
kalau boleh satu kedai dia nak borong!
suasana kat dalam Pasar Filipina ni agak sempit.
so, bagi yang tak biasa dengan keadaan macam ni...
tak payahlah nak merungut2 kepanasan ke, sempit ke...
yang penting... enjoy!
selain barangan perhiasan diri, nak rembat FM ke, keychain ke...
hah, kat sinilah syurganya!
dah puas menyelam laut cari mutiara dan seangkatan dengannya, moh la kita ke Pasar Ikan Masin.
jangan risau... tak jauh...
sebelah je dengan Pasar Filipina ni.
kat sini, cuma memborong barang2 yang penting je.
macam ikan bilis, udang kering dan tak lupa juga, kuih cincin yang keras tapi sedaapppp...
tu, budak baju oren tengah buat proses tawar menawar.
orang dah kasi murah, dia tawar lagi sampai tauke kedai tu terduduk.
ekekeke
udang kering, ikan masin, sotong kering....
perrghhh...
lepas tu... ehhh... belum habis lagi menyoping...
kita terjah pasar buah pulak!
tak jauh juga.
sebelah je dengan Pasar Ikan Masin ni.
pesan anies, kalau nak cari buah yang sedap tapi murah...
carilah yang betul2 elok.
takut2 nanti, baru je sampai hotel... buah dah tak boleh nak makan...
rembatan of the day!
kalau nak memborong ikan masin banyak2, jangan risau tentang bau bila naik flight.
orang kat Pasar Ikan Masin tu tahu sesangat cam ne nak tolong packing macam kotak kat atas tu...
kira-kira dalam pukul 5.30 petang, saudara kami datang jemput untuk ke rumahnya yang terletak di Putatan.
ya Allah... nak ke Putatan ni tak lah jauh mana...
oleh kerana kami keluar time orang balik kerja, makanya bersiap sedialah untuk mengadap jammed!
perrrghhh... panas montot woo nak sampai Putatan...
lepas borak2 dengan saudara mara, pak cik Ghafar sekeluarga ajak kami keluar makan.
ngeh ngeh ngeh...
tak kan nak menolak kan?
kat mana ni?
mereka bawa kami makan kat sini.
Seri Tiga Rasa Seafood.
terletak tak jauh dari Pasar Filipina.
kalau yu ols nak makan kat sini, cari je khemah kaler putih, tepi jalan.
tapi kena banyak bersabarlah time nak tunggu hidangan tu.
agak lama juga laa...
sebabnya, orang sangat2 ramai time tu...
antara juadah malam tu...
butter prawn, sotong goreng tepung, ketam masak kicap, ikan bakar etc.
Alhamdulillah... kenyang sampai ke pagi.
terima kasih pak cik Ghafar sebab belanja kami.
moga2 murah rezeki pak cik sekeluarga.
aminn...
last but not least...
sekalung tahniah buat officemate kami...
Que Lyana yang berjaya menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 bagi karyanya yang berjudul 'Lukisan Lisa Untuk Ibu', yang berlangsung semalam di Hotel Istana.
you made us proud, dear!!
well.. anies pergi ke mana lepas ni?
tungguuuuu....
↧
1Malaysia Book Expo 2013
↧
↧
I was there : Sabah #3
...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED.
sambungan daripada Sabah #1, Sabah #2.
nak menapak dari satu part ke satu part...
alahai... macam siput babs gitu.
so bertabah la yu ols ya!
destinasi pertama pada hari seterusnya di Sabah adalah ke sini.
Rumah Terbalik kat Tamparuli.
antara tempat yang wajib singgah kalau dah sampai ke Sabah ni.
insya-Allah, anies akan up satu entry khas untuk lawatan ke Rumah Terbalik ni.
dari Tamparuli, kami stop kat sini.
Pekan Nabalu.
tengok tu... nampak dah puncak Gunung Kinabalu.
melambai2 dari jauh.
macam nak suruh je kitorang datang tahun depan?
^_^
kat Pekan Nabalu ni, ada sebuah menara tinjau.
dan dari sini yu ols boleh tengok permandangan yang saaaaaaangggatttt ohsemmmm!!
apa yang ada kat Pekan Nabalu ni ek?
hah, salah satunya gerai2 jualan la...
tapi kat sini mahal sikit berbanding barang2 kat KK.
tapi kalau yu ols terer dalam bab2 tawar menawar ni...
hah, silakan!
agak2 ni buah apa?
durian?
pandai yu ols!
pandai yu ols!
memang betul durian.
unik kan?
first time tengok tapi tak tergerak hati la pulak nak membelinya.
OTW ke Kundasang...
kami jumpa satu tempat ni 'sedang berkabus'.
siyes... sangat2 sejuk dan gelap.
ingat nak turun berhenti dan ambil gambar sekeping dua.
tapi tak ada tempat untuk parking kenderaan.
but OTW balik ke KK, kawasan ni dah tak berkabus lagi.
yeaahh.. dah sampai Kundasang.
apa yang best kat sini?
tentulah barangan segar macam buah-buahan, sayur-sayuran dan pokok2 hiasan!
shopping lagi!
hah, apa nama buah ni?
sorry memang tak tahu.
tapi rasanya macam buah Avocado.
yang ni Nona.
punyalah besar Nona ni.
tapi bila dah makan, rasa macam makan buah Durian Belanda.
agaknya mama dia Nona, papa dia Durian Belanda kot?
^_^
buah Telap.
rasa macam Cempedak.
tapi isinya lebih kecil daripada Cempedak.
bergugus buahnya macam Anggur.
macam anies cakap tadi.
selain buah-buahan, pelbagai jenis tanaman hiasan turut dijual di Kundasang ni.
kalau nak beli, pandai2 la adjust bagasi cam ne nak bawa naik flight ya...
dari Kundasang, kami terus ke Ranau.
perut pun dah berdangdut.
kami makan kat sini.
Restoran Anjung Selera.
kat Ranau ni banyak restoran non-Muslim.
so kalau yu ols datang ke sini, carilah resto yang 'betul2 halal' ya...
one more thing, sayur-sayuran kat resto ni...
perrrghhh...
memang sedap giler okeh!
terbaik dari ladang ko!
lepas lunch, kami stop kat sini.
Masjid Ranau.
Alhamdulillah, dari Kota Kinabalu ke Ranau (about 100++KM), perjalanan kami dipermudahkan dan cuaca sangat2 best!
tak percaya?
tengoklah awan kat belakang tu!
ke mana pasni, anies?
to be continued...
p/s sabar ek kalau anies belum sampai lagi ke teratak yu ols...
↧
I was there : Sabah #4
...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED
sambungan daripada Sabah #1, Sabah #2, Sabah #3.
hujung2 tahun ni memang sakit sikit laa...
esp. dari segi masa.
tapi, nak buat macam mana...
reda je la...
sama juga laa bila nak update cerita ceriti kat blog ni.
kalau membisu 1 000 000 bahasa je, tak best juga kan.
nanti ada yang ingat, bernyawa lagi ke tak mem besar blog ni?
well, anies sambung balik cerita pasal pergi ke Sabah ni.
walaupun cerita2 biasa je, anies anggap apa yang anies share kat blog ni sebagai catatan perjalanan gitu.. eceh!
yelah... bukannya dapat pergi selalu kan...
1Malaysia Book Expo 2013 di PWTC bermula hari ini sampai Ahad. jumpa anda di sana yek!
OTW balik dari Ranau, kami singgah di sini.
Kinabalu Park.
belum sampai kat sini, dah excited macam nak panjat Gunung Kinabalu kek dah nyer..
masa ni OTW dari Ranau.
kat Kundasang rasanya.
ya Allah... cantiknya Malaysia ku ini...
sebelum sampai kat Kinabalu Park ni, mak cik dah pesan, nak masuk kena bayar RM5.
aniesingat, kena bayar tu kalau kita bawa masuk kenderaan.
rupa2nya, RM5 untuk per person.
tak kiralah ada kenderaan ke tidak.
masa ni curi2 masuk untuk snap pic.
alaa... kejap je...
view dari atas...
rasa nak peluk2 je...
nak peluk sapa?
peluk view ni laa..
lepas kena halau dengan pak guard...
eh, tak ada lah...
tak kena halau pun...
pak guard tu pun faham.
tapi, kat sini nak posing ke...
nak menonggeng ke... memang no hal laa..
it's time to...
buang tabiat!
ni kat sebelah parking...
aduyai... kenapalah cantik sangat view kat sini...
dari Kinabalu Park, kami singgah di Telipot.
isi perut lagi.
kali ni pekena pisang goreng.
mak aiii... pisang goreng dia...
marbelesssss okeh!
rasa nak telan je pinggan tu!
RM1 untuk 4 ketul.
kena plak dengan teh tarik...
perrghhh stim ko!
dah syok layan pisang goreng, pekena rojak mi.
alamak! kenapa gini rasanya rojak mi ni?
sorry to say... tak sedappp...
kuahnya rasa macam kuah kari.
bukan kuah kacang...
pak supir.. eceh, macam gi Indon plak... teettt!!
pak supir bawa kami jalan2 sekitar pejabat kerajaan yang baru termasuklah kampus Universiti Malaysia Sabah.
yang ni kalau tak silap, macam Masjid Terapung kat Terengganu tu...
OTW ke Kundasang, aniesduduk belakang.
balik ke KK, duduk depan pulak
apa lagi...bersembang lah kami dari A to Z.
time ni orang belum balik kerja.
so jalan pun okey.
tak jammed.
sebelum balik hotel, singgah Pasar Filipina sekali lagi.
ada barang2 yang tak sempat beli semalam.
lepas tu ke pasar ni.
tak ingat namanya.
kat sebelah Pasar Filipina juga.
sambil cari2 barang kat pasar ni, baru perasan rupa2nya ada pasar malam kat belakang pasar tu.
so, panjanglah kaki kami ke sini.
pic ni sebenarnya nak tunjukkan labu yang besar gedabak tu...
can you imagine...
betapa besarnya isi durian ni?
nak beli ke tidak...
nak beli ke tidak...
last2 tak beli.
snap pic je...
last but not least...
harus interprem sebelum balik...
overall... Sabah memang BEST!!
(double thumbs up)
↧
Tim's farewell lunch
...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED.
lepas sorang pergi... seorang lagi menyusul.
lumrah alam begitulah...
mereka datang dan sampai masanya mereka akan pergi jua.
samalah macam si Tim ni.
mungkin sudah takdirnya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kami.
dan sama macam sebelum ni, kami raikan Tim pada hari terakhirnya dengan...
makan2!
fish n chip.
nasi goreng... err lupa lak namanya...
nasi ni macam ala2 Thai gitu...
claypot mee.
kalau tak silap, lamb chop.
chicken chop.
kueh teaw seafood rasanya...
lupalah!
drinks of the day...
kalau tak bergambar, memang tak sah!
yang dirai... Tim.
manis je kan orangnya?
apa? nak ngorat?
sorry... ni bini orang, okey...
kami makan kat sini.
terletak di dalam AEO Big, Wangsa Maju.
selain cawangan di Wangsa Maju ni, ada juga cawangannya di Rawang dan Balakong.
hah, tunggu apa lagi?
terjahlah!
harga? reasonable.
Tim sempat sediakan kek pisang bersira ni untuk kami...
perrghhh memang terbaiklah!
baru rasa sekeping, dah licin!
p/s all the best untuk Tim!
semoga mak cepat sembuh seperti sediakala. syafakallah, mak!
↧
Maulud, accident & white car
...السلام عليكم
Maisarah: opah, tadi kan sara ikut mama pergi maulud.
opah: pergi maulud? kenapa tak ajak opah sekali?
maisarah: alaa... mama pergi maulud sebab nak beli ikan...
tak lama lepas tu...
opah: ilah (mama), tadi sara kata kau pergi maulud... beli ikan?
ilah: ooo... bukan pergi maulud laa opah... pergi Merlimau!!
opah: ekekeke....
>>::<<
maisarah: umi, mana accident ucu?
umi: accident ucu?
maisarah: ha'ah... accident ucu...
umi: (dok fikir sekejap)... accident apa, sara?
maisarah: alaa... accident ucu... yang kawin hari tu...
umi: ooo... tu bukan accident... tu isteri... ekekeke
>>::<<
maisarah: umi, tengok tu... kereta kak ani! (sambil menunjukkan ke arah sebuah kereta berwarna putih)
umi: mana? eh, bukanlah! tu bukan kereta kak ani. tu kereta orang lain.
hari yang lain...
maisarah: umi, tu kereta kak ani! (menunjuk ke arah kereta berwarna putih)
umi: eh, bukanlah! kak ani ada kat KL laa...
hari yang lain...
maisarah: umi, tu kereta kak ani! (melakukan perbuatan yang sama)
umi: (bercakap kepada si suami) agaknya semua kereta yang warna putih, adalah kereta kak ani...
suami: ekekekekeke...
maisarah: masa ni baru 6 bulan.
sekarang dah 3 tahun.
bila tengok orangnya, macam tak banyak bercakap.
tapi bila dah bercakap, tak reti nak berhenti!
eeeee... geram!
↧
↧
Just for laughs
...السلام عليكم
Adik: ni, apa kak?
kakak: ni harimau.
adik: kenapa harimau ni kukunya panjang?
kakak: sebab harimau ni, haiwan.
adik: ooo... maknanya, akak dengan harimau ni... samalah yek! berkuku panjang!
kakak: grrr...
>>::<<
seekor semut membisikkan sesuatu ke telinga seekor gajah.
usai berbisik, gajah itu tiba-tiba jatuh terjelepok dan pengsan.
nak tau, apa yang semut tu bisikkan?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
>>::<<
baru jam 10 pagi, penduduk kampung gempar seketika apabila terdengar azan dilaungkan.
mereka berasa pelik lalu ke masjid untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
setiba di masjid, kelihatan seseorang yang dipanggil 'si gila', sedang melaungkan azan.
ketua kampung: kau dah gila ke... dok azan pukul 10 pagi ni?
si gila: tadi, masa azan dilaungkan pada pukul 6 pagi, cuma 4 orang je yang datang. ni, bila dengar azan pukul 10, satu kampung yang datang. jadi, siapa sebenarnya yang gila?
>>::<<
↧
Just the two of us
↧
'Badang'
↧
Young age vs old age
↧
↧
Jaa & Kak Pah's wedding : solemnization
...السلام عليكم
Kedua-duanya pakai spec.
kedua-duanya left-handed.
dan kedua-duanya adalah my officemate!
ooo... cinta satu office ke ni?
ekekeke... kena tanya empunya badan lah ye...
sebelum bertukar tempat, kak pah ni duduk bersebelahan dengan meja anies.
manakala jaa pula memang satu unit dengan anies.
kak pah juga merupakan my running
kalau ada walkathon ke, marathon ke, biasanya dialah yang anies heret dulu.
mmm... tahun depan nak bermarathon lagi ke, kak pah?
24.12.13.
Selasa.
Masjid Khalid Bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
pada awalnya, kami memang tak ada plan nak pergi tengok diorang ni nikah.
almaklumlah... kan tengah kerja.
then, dalam pukul 9 lebih, bos cakap... dia beri pelepasan untuk kami attend ke majlis nikah diorang.
hoorayy!!
well jom layan pic yang ada ni yek!
kad jemputan.
si jaa sendiri yang lukis dan design.
berminat nak tempah ke?
^_^
hantaran.
purple daripada jaa dan oren daripada kak pah.
hantaran paling win daripada kak pah.
bawang.
kenapa bawang?
sebab jaa tak makan bawang.
ekekekeke...
jaa dinikahkan oleh ayah kak pah (baju biru)
berapa kali repeat?
jaa cakap, masa ni dia baca doa untuk perintah taat.
tak pastilah betul ke tidak...
kalau salah tolong betul kan ya...
upacara membatalkan air sembahyang.
now we are husband and wife!
yang tukang ambil gambar cakap:
hah... lelama sikit! ramai nak ambil gambar ni!
berpeluh pengantin!
penyerahan mas kahwin.
2 keping dinar Kelantan.
sebagai ganti cincin, kak pah kasi jam.
after this, no more jam kaler oren ya...
eh, eh! tauke jam pun dapat jam jugak?
^_^
situasi paksa-rela oleh tetamu sekeliling.
ekekeke...
bersama umi dan ayah kak pah.
oh, ya!
beza umur diorang 10 tahun.
okey la tu kan...
i just love this pic!
oit, oit!
behave sikit!
'dalam masjid' ni...
ekekekeke
to be continued...
↧
Jaa & Kak Pah's wedding : bersanding @ Villa Ukhuwah, Taman Tasik Titiwangsa, KL
...السلام عليكم
Sambungan dari sini.
25.12.2013.
Rabu.
jarang orang buat majlis kenduri kahwin di tengah2 minggu kan terutama majlis perkahwinan Melayu.
kalau ada pun, macam kenduri kahwin depa ni la.
tu pun sebab cuti Krismas.
kawan2 opis sempat mengusik, "wah... kahwin macam omputih!"
(lazimnya omputih kahwin hari Rabu)
tapi tak kisah lah kan...
janji yang dijemput tu boleh menghadirkan diri.
yang happening nyer tentang majlis jaa dan kak pah ni adalah...
dah macam majlis reunion staf2 Ana Muslim!
masa open house AM yang lepas ramai juga ex-staf yang tak hadir.
so bila ramai yang hadir ke majlis ni...
rasa macam...
waahhh... seronoknya!
so yang mana ada ni je la yang sempat anies share, okey!
majlis bersanding bermula pukul 2pm.
happy kemain pengantin!
berseri kak pah kite ni...
antara tetamu yang hadir...
memang ramai.
sampai terpaksa tunggu turn untuk dapat seat.
antara ex-staf Ana Muslim yang hadir.
bila dah jumpa, memang kecoh!
pelamin pun ada deco Krismas.
^_^
masa ni tengah tunggu turn untuk bergambar dengan pengantin.
hello everyone!
my name is Hannah Tasneem.
comel tak saya?
saya pun datang ke kenduri kahwin tok jaa dan nek pah.
ni la Villa Ukhuwah.
pic kredit: blogger Fatin Liyana.
FL ada up entry tentang satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Villa Ukhuwah ni.
villa ni ada 4 buah bilik dan ruang tamu + dapur yang sangat2 luas.
dan kadar sewanya juga sangat2 murah.
orang KL, kalau nak buat majlis kat sini, yu ols kena booking setahun lebih awal ya...
kad ucapan daripada kami untuk jaa dan kak pah!
baraka Allahu lakuma wa baraka alaikumawa jamaah bainakuma fi khair...
↧
Sleeping beauty?
↧
Jumaat pertama, 2014
...السلام عليكم
... Dan bersamaan 1 Rabiul Awal 1435 Hijrah.
pejam celik, pejam celik...
dah 3 hari kita berada di tahun baharu.
bila cakap pasal tahun baharu, ramai yang akan kaitkan dengan azam baharu.
ada apa dengan azam baharu?
perlu ke diperbaharui setiap tahun?
kalau tak ada azam, tak dinamakan tahun baharu ke?
setiap orang ada pandangan sendiri.
sama ada azam tu baharu atau lama atau baru nak dilaksanakan,
yang penting kita ada keinginan serta kesungguhan untuk melakukan yang terbaik dalam hidup yang singkat ini.
(ceh wah! macam ayat pakar motivasi!)
apa-apa pun,
untuk yu ols semua...
Salam Jumaat.
Selamat Tahun Baharu.
insya-Allah, kunjungan balas akan patik laksanakan pada sebelah petang nanti ya... ^_^
↧
↧
Ucapan buat mereka yang tersayang...
...السلام عليكم
4.1.2014 (Sabtu)
Budak ticit yang dipanggil Icha ni,
diam-diam dah 2 tahun!
happy belated birthday, my dear Icha!
budak ticit ni cakap belum pandai lagi.
tapi sangat2 faham kalau ada yang menyakat.
"Icha ni anak sapa? anak abah ke anak umi?"
"abah!"
"Icha ni anak sapa? anak abah ke anak umi?"
"umi!"
ekekekeke...
6.1.2014 (hari ni!)
happy birthday mama!
you care, you share and you give,
and make life such a joy to live,
that nothing but the best will do,
and that is what wished for you!
I LOVE YOU MAMA!!
my friend, Dee.
juga celebrate birthday hari ni.
happy birthday chinggu ya!
i miss you, dear.
9.1.2014 (Khamis)
happy birthday
err.. yang ke berapa ek? ^_^
hah, bila lagi nak belanja kami makan ikan bakar dengan first salary ni?
i'm sending you these birthday wishes, filled with hugs and lovely kisses, i hope my special person today, will have an extra special day! i love you all... muah muah muah!
↧
Dating @ Bukit Bintang, KL
...السلام عليكم
Ni cerita pada 1.1.2014 yang lepas.
oleh kerana tak mahu 'mati' kebosanan di dalam rumah,
maka kami pun plan untuk men'dating'kan diri ke sini.
kenapa ke Bukit Bintang?
sebab rasa macam dah berkurun tak ke sini.
lagi satu, kat sini kalau nak bershopping...
ada banyak pilihan.
cuma sediakan fulus je.
dan lagi, make sure kepala lutut tu mesti kuat dan ketat.
kalau rasa macam skru dah nak tercabut ke, longgar ke, parkinson ke...
better cari tempat lain la...
^_^
so destinasi pertama kami adalah...
Pavilion!
kalau dah datang ke sini, tak pijak Pavilion memang tak sah.
dengar khabar, Pavilion 2akan dibina di Bukit Jalil.
ianya lebih besar daripada Pavilion yang sedia ada ni.
boleh baca ceritanya kat sini.
Pavilion yang masih lagi 'berbau' Krismas.
so bolehlah kalau nak layan feeling2 macam tengah bershopping sakan kat Harrods.
^_^
btw, anies ke Pavilion ni bukan sebab nak bershopping tapi sebab nak jumpa si Moon ni.
kenal tak dengan si Moon ni?
yeee haaa...
as one of LINE users, haruslah bertentangan mata dengan si Moon yang comel ni.
LINE Friends Pop-Up Store ni dibuka cuma sebulan sahaja.
dari 2.12.13 hingga 2.1.14 sahaja.
so, terasa rugilah kalau LINE user tak terjah ke pop-up store ni.
yeaahhh... dah sampai!
rasa nak melompat-lompat je dalam store ni...
well, apa yang ada di dalam store ni?
peminat toys yang comel-comel, kiut-miut...
memang boleh rambang mata laa...
harga? ngeh ngeh ngeh...
boleh tahan juga laa...
sebelum balik, haruslah posing sekeping dua...
Domo dan Brown yang comel...
pastu merayau-rayau kat Tokyo Street pulak.
terasa macam dah sampai ke Jepun.
ekekeke...
macam2 ada kat sini.
directly brought from Japan.
ada satu kedai tu, jual payung2 comel.
bila tengok harganya...
RM120 untuk sekaki payung!
uh, tanjat boboi!
depan Tokyo Street, ada Daiso.
mmm... kalau dah masuk Daiso, memang tak sah kalau tak rembat sebarang dua.
sudu bibimbab dan love-shaped cup & saucer set yang comel...
keluar dari Pavilion, kami masuk ke Shepora.
kat sini cuma cuci mata je.
nak beli barang2 mekap pun, bukannya guna sangat.
last2 pakai bedak sejuk juga.
^_^
dari Shepora, kami masuk Star Hill.
yang ni pun, dah berkurun pat belas tak masuk.
dah banyak yang berubah.
kalau dulu, shop lot untuk barang2 branded banyak dibuka kat sini.
but since dah ada Pavilion, so Star Hill ni dah jadi macam kedai2 biasa.
oh, ya motif snap pic ni sebab dah terbekenan dengan 'almari' comel ni.
rasa macam nak angkat sebijik then letak kat rumah...eceh!
baru dua buah shopping mall, kaki dah terasa lenguh.
so lepak sekejap dalam Star Hill ni.
ada rasa macam kat Jerman la pulak!
^_^
keluar dari Star Hill, kami menyusur Bintang Walk.
kat sini pun dah banyak berubah.
restoran Planet Hollywood tu pun dah lama berkubur.
orang memang ramai masa ni terutama pelancong asing.
pastu, masuk Lot 10 pulak.
kat sini pun dah berkurun tak jejak.
konon2 nak cari MU Store.
bila tanya receptionist, dia kata "kedai tu dah tutup 5-6 tahun yang lepas, dik..."
ekekekeke.. you see?
betapa 'berlumutnya' tak jejak ke sini?
'sebagai kenangan' kat Lot 10, anies beli coconut candy.
RM10 sebungkus dan rasanya memang sedap.
dari Lot 10, kami menyeberang jalan untuk ke Sungei Wang.
hah, kalau dah datang ke Bukit Bintang, memang wajib meninggalkan jejak kasih kat sini.
tiada apa-apa perubahan dalam Sungei Wang ni.
trademark Sungei Wang - tangga unik masih kekal di situ.
dari Sungei Wang, terjah ke Plaza Low Yat.
alaa... belakang Sungei Wang je.
salah satu tempat wajib singgah juga ni.
(dah macam promoter syarikat pelancongan la pulak!)
dah masuk ke sini, maka bermulalah misi mencari handphone cover.
nak yang murah ke yang mahal?
yang cap lanun ke caporiginal?
semua ada.
tapi kena pandai pilih.
kena pandai tawar menawar.
dan lagi satu, kalau dah jumpa tu terus je beli.
dah penat berjalan.
dah penat merayau.
maka perut pun dah berdangdut raggae.
malas nak cari food court, kami terus je masuk kepsi ni.
lepas makan, ingat nak merayau kat Berjaya Times Square.
tapi kaki dah beri isyarat tak larat.
BB Plaza pun tak singgah.
next time la yek!
pergi balik kami naik monorail je.
sebab nak elak jammed.
faham2 je la KL ni kalau time cuti...
okey, tu je cerita di hari pertama di tahun baharu.
daaaa...
↧
Kuih apam daun getah
...السلام عليكم
Pernah makan?
pernah tengok?
pernah buat?
(semuanya menggeleng)
anies pun 1st time tengok dan makan.
tu pun sebab jiran kat kampung beri sempena majlis kahwin anaknya.
teringin juga nak buat.
tapi mana la nak cekau daun getah kat tengah2 hutan batu KL ni...
anies tanya mama macam mana nak buat kuih ni.
katanya, resepi sama je macam buat kuih apam yang lain.
cuma acuannya je menggunakan daun getah.
resepi kuih apam simple klik disini.
daun getah mestilah daun yang dah matang.
dilap (dibersihkan) dan dilayur sebentar (2-3 saat) di atas api.
(bertujuan untuk melembutkan daun)
kemudian dilipat pada hujung daun getah.
(seperti lipatan nasi lemak - betul ke ayat ni?)
kemudian tuangkan adunan kuih apam ke dalam daun secara menegak.
jangan sampai melimpah.
sebab adunan kuih apam ni kan akan menaik.
lebih kurang sesudu dua pun dah cukup.
lepas tu, lipat di bahagian satu lagi.
letakkan di atas pengukus - masak!
jangan bimbang.
kuih apam ni tak kan melekat pada daun getah seperti yang kita buat dalam acuan.
then boleh dihidang dengan kelapa parut.
atau dimakan begitu sahaja dengan air kopi.
perrghhh...
kena pulak dengan hujan lebat.
perrghh...
stim ko!
↧