...السلام عليكم
Zaman sekolah dulu, memang suka pakai bedak wangi.
harum semerbak je bila nak ke sekolah.
almaklumlah masa tu tak pandai lagi nak pakai minyak wangi.
nak sembur sana, nak sembur sini.
kalau ada pun, minyak atar yang orang bawa balik dari haji / umrah tu.
tapi, anies tak suka pakai sebab cepat pening.
lagi satu, cikgu mesti akan 'naik angin' kalau ada sesiapa yang pakai minyak atar ni.
okey, berbalik kepada cerita bedak wangi ni.
time belajar dulu, kalau tak habis sebotol memang tak sah.
bukan takat muka je...
habis baju dan tudung sekolah turut jadi mangsa.
cuma kain je tak ditepek sebab nanti warna biru dah jadi bertompok2 putih.
nampak sangat la kann...
yang kita ni memang hantu bedak wangi.
tu tak kira yang ditabur di atas surat cinta?
jeng jeng jeng...
tapi la ni...
perangai dah berubah.
dah insaf.
dah tak pakai lagi bedak wangi ni.
sebaliknya, dah jadi alergik.
bukan sebab terlalu wangi.
tapi sebab bau wangi tu dah bertukar menjadi masam+tengik+nak muntah ya amat!
terutama bila ada yang memakainya hingga ke petang / malam.
memula dulu memang tak perasan.
tapi bila dah lama2...
hidung ni jadi tak tahan.
puas fikir, kenapa jadi macam ni ek?
kenapa bedak wangi dah jadi bedak busuk?
rupa-rupanya...
bila sesuatu bahan kimia yang keluar dari badan (peluh) bercampur dengan bendasing (bedak wangi) maka akan terhasilkan bau yang sangat2 kurang menyenangkan.
dan yu ols pun sedia maklum bahawa bau peluh kita ni bukanlah wangi sangat kannn...
(tak percaya? sila cium ketiak
berbeza dengan minyak wangi.
ianya bersifat bendalir yang akan mengering untuk tempoh yang singkat.
tidak seperti bedak (serbuk).
ianya akan melekat pada permukaan kulit untuk tempoh yang lama.
jika tidak dikesat / dihilangkan, maka ianya akan kekal di atas permukaan kulit dan seterusnya akan 'bergabung' dengan peluh yang akhirnya menghasilkan bau yang __________ (isi lah sendiri).
ni cuma pandangananies je.
tak rujuk pun kepada mana2 buku teks Sains / Biologi / Kimia / Fizik / Alam & Manusia.
ianya berkaitan dengan pengalaman.
kalau betul... maka betullah.
kalau salah... harap sangat diperbetulkan.
*sekadar hiasan*
pandangan yu ols pula, macam mana?
jom share!