✿...السلام عليكم✿
(Kisah ini berlaku kepada seseorang yang anies kenali)
hal ni berlaku sewaktu aku baru sahaja
turun dari bas.
kira-kira 20 meter dari Pudu Raya,
aku
didatangi seorang perempuan.usianya dalam 40-an,
berdasarkan pakaian dan rupa parasnya.
dia menegur aku.
"wah, banyaknya beg?"
aku tersenyum lalu menjawab,
"saya baru balik dari kampung, kak!"
entah kenapa aku begitu
ringan mulut untuk
membalas sedangkan sebelum ni
aku boleh dikategorikan sebagai
seorang yang
'berat mulut'."mari sini, akak tolong angkatkan!"
dia menawarkan diri untuk menolong.
aku tak membantah mahupun menghalang.lalu dia pun mengambil beg
dan berjalan beriringan dengan aku.
"adik nak balik ke mana?"
"Petaling Jaya."
"ooo... naik bas dekat mana?"
"dekat Bangkok Bank."
lalu kami pun berjalan dan entah macam mana,
aku tiba-tiba
dibawa ke sebuah restoran makanan segera.aku
tak bertanya walau sepatah
kenapa aku dibawa ke situ.
lalu perempuan tu berkata.
"adik nak makan apa?"
"saya nak minum je..."
lalu dia pun pergi ke kaunter dan
membeli makanan / minuman.
selepas 5 minit dia kembali
dengan dulang yang berisi makanan.
dia ajak aku makan dan minum.aku tak menolak.sedang kami makan,
kami didatangi seorang lelaki yang berusia
dalam lingkungan 40-an juga.
"assalamualaikum... maaf kalau mengganggu..."
aku tak bersuara tetapi perempuan tu terus cakap,
"eh, tak ganggu pun... duduklah!"
lalu lelaki tu pun duduk semeja dengan kami.
dengan
riak wajah yang sedih, dia pun cakap.
"sebenarnya pak cik ni
ada masalah sikit..."
"apa dia, pak cik?" perempuan tu menyoal.
"pak cik nak balik Sabah, tapi pak cik tak ada duit...
anak pak cik sedang tenat.
kata doktor,
peluang dia hidup adalah 50 : 50."
"oh, ya ke?" perempuan tu membalas.
lelaki tu terdiam sambil merenung aku.
"pak cik cuma ada
sebutir batu azimat...
batu ni amat berharga kerana ianya
boleh menyembuhkan penyakit!"
lalu dia pun mengeluarkan batu tersebut.
aku tengok,
batu tu berwarna coklat-pink dan
berbentuk bujur sireh."kalau adil-adik tak percaya yang ni batu azimat,
sila ambil batu ni dan l
etak di atas lidah."
lelaki itu memberi aku batu tersebut lalu
aku tanpa berfikir dua kali terus sahaja
meletakkan batu tersebut di atas lidah kira-kira 30 saat.
lepas tu, lelaki tu ambil semula batu tersebut lalu melekatkan batu tu di atas permukaan cermin restoran makanan segera tersebut!aku terkesima sebentar!
masakan tidak,
batu tersebut bagaikan sebuah magnet!terus melekat dan tak jatuh langsung!"sekarang, kamu percaya tak bahawa batu ni batu azimat?"
aku dan perempuan tu mengangguk."jadi pak cik sekarang nak jual batu ni kepada
yang sudi. mudah-mudahan pak cik ada duit
untuk balik ke Sabah."
kata-kata lelaki itu seakan
meruntun hati aku.lalu entah bagaimana,
aku bersetuju untuk membeli batu tersebut.
"sebelum adik beli,
adik perlu tahu bahawa
jangan sekali-kali bawa batu ni
ke rumah orang yang meninggal dunia.kalau adik bawa,
maka
batu ni akan hilang azimatnya."
aku mengangguk bersetuju.
"tapi sekarang saya tak ada duit," kata aku.
"tak apa. pak cik akan tunggu di sini."
lalu a
ku dengan kakak tersebut terus mencariATM berdekatan.ketika itu, dalam akaun aku
ada lebih kurang
RM900++.
aku keluarkan dalam RM800++sebab mana boleh keluarkan semua
duit sekali gus kan...
lepas tu, kami
kembali semula ke restoran tersebut.
pak cik tu masih menunggu.
lepas tu, aku terus cakap...
"saya sudi membelinya..."lalu
aku pun menyerahkan duit tersebut dan
dia menyerahkan batu tersebut.
selepas mengucapkan terima kasih,
lelaki dan perempuan tu terus beredar.aku pula, terus balik ke PJ.
bila sampai PJ,
aku bagaikan tersedar.kenapa aku beli batu ni?
kenapa aku keluarkan duit?
kenapa aku jumpa lelaki dan perempuan yang
aku tak kenal?1001 persoalan bermain di fikiran.
akhirnya, baru aku sedar yang
aku dah kena 'pow'.nak menangis? memang tak berguna.
nak meraung? memang tak ada faedahnya.
moral of the story, sebelum keluar rumah,bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.mudah-mudahan diri kita terpelihara sepanjang kitaberada di luar rumah.sekadar hiasan
sesiapa yang belum meletakkan LINK di senarai bloglistanies, sila klik kat SINI ek! terima kasih.